Wednesday, December 28, 2011

study week!

Nadiah Saari,
wake up..
#sungguh laaa,dah berubah!kalau kat matriks ni,jgn harap nak tido awal,kalau kat matriks dulu,mmg sangat tekun,even tak tekun mana,tapi!better dari sekarang ni!sekarang ni malas sungguh!
#macam mana dgn target,macam mana dengan scholarship =.='
tolong la datang semangat..fuh fuh fuh..datang la semangat.,
Ya Allah,kuatkan semangatku..

ni jadual exam yang akan bermula 4hb January 2012,next week!


ada sorg sahabat ni cakap,
'maybe tak semangat nak study,sbb dah lama tak balik,then kita asyik fikir nak balik je'
Bella cakap 'kita nak balik ni,kita kena exam dulu'
dalam hati cakap, 'kalau la boleh balik,takpayah fikir exam,bahagia hidup'
hahaaa.u wish Nadiah Saari!

actually,dah plan pun aktiviti kat rumah!awesome kan?
hahaa..
ni list makanan yang bakal menjadi santapan di semenanjung nnt..
  • McD(spicy chicken mcdeluxe)
  • ayam masak merah
  • ayam masak halia
  • pecal
  • laksa kedah
  • serunding daging ayam
  • ikan masak sambal
  • roti goreng (ehem,ni buat sendiri tau!)
  • ikan  ayam masak asam pedas (tak suka ikan masak asam pedas)
  • kerabu mangga!(teringat dulu,berebut dgn Bendi kat kafe B)
  • semua frozen food

maybe ni just separuh je kot,hehe..
so,Chef Siti Marhaini,get ready ok?heheee..


ok,enough dengan cuti,
please study study study:(


Friday, December 23, 2011

i am NOT READY yet

Assalamualaikum,
tak jawab, dosa..
kalau jawab,sayang..
:D

sorry,latey ni,tangan ni gatal je nak update blog
*ok,tau pasai pa..
dah boleh hapai dah huruf kat keyboard ni,
sebab selalu sgt taip assignment..
#ok,tipu jaaa..hehe..

A few days ago,
tengah godek-godek fb,
tiba-tiba,terbaca 1 status ni,



my heart was beating so faster!
godek-godek lagi,
ye,mama mr.pH meninggal,
innalillahhiwailaihirrajiun..
still remember pH?
kalau sape yg follow blog dari awal,
dia akan tau sape pH:)

terkejut sgt tau berita tu,
pH and family kuat ye?
ALLAH lebih sygkan beliau.
doakan semoga mama pH berada dalam kalangan org yang beriman,
insyaALLAH,amin.
Al-Fatihah.
status pH

lepas baca status pH,terus teringat mama ayah,
then terus hntr msg kat mama,


mama,jaga diri tau,jaga kesihatan semua,kakak doakan family kita sihat sihat semua,mama tunggu kakak balik ye?kirim salam kat ayah,suruhh ayah jaga diri tau,sayang mama.

ingat mama tak reply,then dia tanya kenapa..
    
tak ada apa ma,mama kawan kakak baru meninggal..

mama reply,
   nak buat mcm mana kak,dah ajal,tak ada sape boleh halang.

ok,mama faham maksud msg tuh!

tapi mama,tunggu kakak berjaya dulu ye ma?

mama reply for the last msg,
  
 InsyaALLAH.

On the next day,
call mama,
borak-borak,
mama:  kakak,kawan mana yang mama dia meninggal tuh?
saya:  ala,mama,pak imam yang kakak minat tuh dulu ma,
mama:   ouh,org kelantan tuh?
*dalam hati saya,'ouh,eh,mama aku ingat laaa!'
mama tanya mcm-mcm jugak,
mama suh doakan untuk mama pH,
Al-fatihah.

To,mr.pH..
be strong ok?
Allah sedang menguji kamu..
semoga kamu tabah hadapinya..


Ya ALLAH,aku masih belum bersedia untuk menghadapi kehilangan seorg yang amat berharga dalam hidupku,
Kau berikanlah aku peluang untuk membahagiakannya walaupun sekali,
biarkanlah dia tersenyum gembira dengan kejayaan aku..
sayang mama ayah selalu:')
#tak sabar nak peluk cium dekat LCCT nnt!
















Monday, December 19, 2011

YOU are the ONE






Kau merubah segala,
Cinta yang ku dahaga,
Kehadiran dirimu menyinari hatiku,
jangan tinggalkan aku seorang diri,
Kaulah segalanya,
yang menyinar hidupku, kasih,
Hanya satunya yang ku cintai,
Jangan kau pergi dari sisiku,
Cintaku padamu ikhlas sejati,
Hulur tanganmu kasih,
jangan tinggalkan aku seorang diri,
Maafkan aku, jika salahku,
Peristiwa yang pernah ku alami dulu
Aku tahu, betapa pahit mu,
menerima sejarah hidupku.

thank you for always being there when i need someone:)
thank you mama,
thank you a lot,
kakak tau mama dah cukup terseksa dengan apa yang kakak buat dulu,
sorry mama,
sorry sangat,
i can't promise anything,
but i'm trying to be someone better in my academic achievement,
thank you mama,
for the messages..
 
'Doa mama sentiasa ada dengan kakak setiap detik,setiap saat'
msg mama yang buat kakak nangis..

mama selalu cakap,
yang kakak kena kuat,duduk sarawak..
And mama ada wish birthday kakak!
mama suruh kakak jdi matured,hahaa..

i will,mama..
just because of u and ayah,
that will be a reason for me to keep stronger,
and carik ilmu:)
and kakak akan biarkan mama menangis just for my success:)
insyaALLAH,MAMA..


*hari ni dah dua org cakap blog ni sedih..aahaha..sorry,sekarang ni pun tengah sedih:')
terlampau rindukan mereka:')



Saturday, December 17, 2011

tahun depan dah boleh mengundi!

15 Disember 1991,
20 years ago,
i was born as my mum's girl,
and of course as my daddy's girl,
if I could turn back the time,
I can see their smile,
for became a father and mother,
for the first time.

Mama,
Thank you banyak banyak,
sebab sanggup bertarung nyawa,
demi melahirkan seorang anak,
demi satu nyawa ini.
Mama,
bila kakak tanya,
perasaan sakit bila lahirkan baby,
mama cakap,
tak tergambar perasaan tu,
mama cakap,
1001 sakit kumpul jd 1,
tapi,
bila nampak je baby tu,
terus hilang sakit tuh.
Thats the miracle.
Mama,
terima kasih untuk segalanya,
terima kasih yang tak terkira,
dari anakmu yang jauh,
terima kasih untuk doa,
mama selalu doakan kakak.


Ayah,
tak tertanggung rindu kakak kat ayah,
tak terkira berapa gelen air mata kakak ni.
Ayah,
terima kasih sanggup berkorban,
wang ringgit,tenaga,masa,
tak dapat kakak ganti.
tapi,
kakak akn buktikan yang anak ayah ni,
akan berjasa untuk ayah satu hari nanti,
insyaALLAH,
kakak cuma harapkan doa mama ayah,
doakan kakak ye,ayah?


Bendi,Sakinah,
dah dua tahun saya sambut dgn kamu berdua.
tapi tahun ni,
saya sambut jauh dengan kamu.
Doakan saya kuat dekat sini ye kamu?



Kawan-kawan H1P4,
teringat last year,
kamu semua sambut birthday saya,
terima kasih untuk kenangan tu,
akan saya ingat sampai bila-bila.
thank you for the memories,guys.



15 Disember 2011,
for the first time,
saya sambut di perantauan,
almaklumlaaa,
Bintulu!:D
thank you to kawan-kawan blok,
really appreciate sgt,
thank you buat rindu saya hilang,
thank you for the cake.

Credit to,
Diana,Bella,Teha,Mun,Wani,Zai,Iepah,Nurmi,Tiara.


thank you sangat untuk si dia,
thank you for the wishes,
doakan yang terbaik untuk kita berdua:)



to my pakcik,
thank youuu!
I was so happy that I can hear ur voice again!
thank you!
I still can hear ur stupid jokess:)
sumpah aku happy sgt!

terima kasih ya Rabb,
Kau berikan aku kebahagiaan bersama dengan orang yang tersayang,
terima kasih ya Allah,
Kau lindungilah mereka dalam perlindunganMu,
Amin..

Sunday, December 4, 2011

nangis nangis nangis:')







dah tak larat nak nangis.
dah tak larat nak call mama,cakap dgn dia yg saya tak suka duduk kat Bintulu ni.
dah tak larat suruh ayah dengar saya nangis.
dah tak larat nk bgtau kat Aben,Skyn,Erika,Atin,By,Dina yg saya tak suka duduk kat sini.
saya tak suka.
saya tak suka.

yes.
mama keep telling me.
again and again.
each single things happen for a reason.
maybe bukan sekarang hikmah yg saya tak nampak.
maybe in the future.

tak.benda tu tak ubah apa apa.
perasaan saya tak pernah happy mcm saya kat KMPP.
betul.tak.
saya selalu sakit.
sakit hati.
yes.
tapi biarla.
org kata.
rambut sama hitam.
hati lain lain.

rindu mama.
ayah.
abg adik.
bendi skyn.
baby atin dina.
erika tastj.

saya rindu semua kngn yg lepas.
kenapa kat Bintulu ni aku tak bahagia ye.
mungkin saya tak selayaknya untuk bahagia di sini.
redha dan pasrah.

mmg susah carik sahabat yg mcm sahabat kat matriks.
ingat dah jumpa kwn yang boleh bersama 4 tahun.
tapi tak.
semua tak.
memang susah.
ada yang kutuk belakang.
ada yang berlagak.
semua la.
kenapa ea.

mama.
kakak dah tak tahan.
kakak penat.

pakcik.
sumpah.aku rindu kau.
really miss the old you.
kau yang selalu dengar bila aku ada masalah dgn member.
sekarang kau dah tak ada.
aku tak tau nk cerita kat sape.

YA ALLAH.
kuatkan semangatku.
kuatkan hatiku.
kuatkan imanku ya Rabb.
hanya padaMu.
aku memohon.tiada yang lain.

pakcik,miss the old you.





i'm so tired of pretending everything is okay,my tears are starting to show and my smile is fading away.
a strong woman is able to show her smile in the morning like she wasn't  crying last night.
crying isn't a sign of weakness,but its a sign of having tried too hard to be strong for too long.

Wednesday, October 5, 2011

kek lapis Sarawak?

still ingat lagi,
dulu time raya,
g rumah org yg ada kek lapis sarawak ni,
kalau boleh nak habiskan je,
tapi muka ayah dgn mama dah bg sign dah,
'rumah org,buat perangai elok sikit'
hahaaa..
dah boleh baca!

tapi,
kalau sekarang ni,
dah sebulan duk kat Bintulu ni,
bukan nak ckp besar ke,
bukan nak berlagak jugak..
pun,bukan nak bangga sgt laa..
hahaha..
boleh kata selalu sgt mkn!
kadang2 tu rasa mcm mkn biskut kering,
sebab selalu sgt mkn!
(*amboi,berlagaknya Nadiah Saari ni!hahaa)

tak percaya?
tengok ni,
tgah study subjek Kenegaraan pun boleh mkn kek lapis!
yuhuuuuu!hahahaa:D


bnyk jenis kek lapis!:)



Friday, September 30, 2011

hanya Engkau yg bertakhta di hati:)

"Ya Allah, di manakah Engkau selama ini yang bertakhta di hati? Kenapa ia sekarang telah terganti dengan makhlukMu? Kenapa diri terlalu tega menggantikan tempat teragung itu dengan insan dan makhlukMu yang hina?"
"Ya Rabbi, pegang hati ini, dakaplah ia seerat-eratnya, jangan sesekali biarkan ia termiliki oleh makhlukMu, aku tidak sanggup menggantikan tempatMu dengan yang lain, tidak sanggup juga berkongsi rasa itu, ku cuma mahu kasih itu teragung untukMu, aku cuma mahu rindu itu terpatri untukMu, aku cuma mahu cinta itu hanya membunga untukMu Tuhan, jangan biarkan daku terkalahkan dengan emosi dan perasaan yang seringkali dipermainkan oleh syaitan.
Tuhan, Izinkanlah! Cuma ingin Engkau yang bertakhta di hati ini "
Ya muqallibal qulub, tetapkanlah jiwa ini setulusnya di jalanMu, pancarkan cahaya bagiku di jalan yang gelap agar aku tidak teraba-raba kesepian sendirian di hujung jalan yang kelam, jangan biarkan ku terus begini tanpaMu disisi.

ya ALLAH,Kau jauhkan mereka dan mereka semua dr pandangan ku,jika benar si dia tercipta untukku,dekatkanlah si dia dgn caraMu,jika tidak,aku berserah kepadaMu ya Rabb:)
perjalananku masih panjang untuk berjuang:)


Thursday, September 22, 2011

goodbye:)


semoga happy dgn si dia:)

hope jgn lupa friendship yg dah 3 tahun terbina:')

jaga diri,

Allah syg saya:)

Wednesday, September 21, 2011

mama mama mama,i love u mama!:)

When I am down and, oh my soul, so weary
When troubles come and my heart burdened be
Then, I am still and wait here in the silence
Until you come and sit awhile with me
You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up... To more than I can be.




MAMA,
sehat hari ni?
ayah sehat?
abg study tak hari ni?
adik ada call mama hari ni?

MAMA,
mama tau tak kakak rindu mama?
ayah tak tau yang kakak rindu nak buat preparation dgn ayah lagi,
kakak rindu nak gaduh dgn abg,
nak bertekak dgn adik lagi.

MAMA,
kakak dah jauh kan?
ye,kakak tau..
kakak tak jauh mcm Hanan yg pegi Mesir tu,
ye,Sarawak tak jauh..

MAMA,
kat sini susah,
makanan pun susah nak dapat,
kafe ntah pape,
for the first time,
kakak resah gelisah kat sini..
mama selalu tanya kat kakak kan?
'mcm mana ok Sarawak hari ni?'
kakak selau ckp,'ok la',
mama marah,
sebab kakak mcm tak happy,
tapi mama,
give me another 2 weeks or more,
kakak nak adapt dgn environment kat sini,
kakak harap kakak boleh:)

MAMA,
nak tau tak,
ayah kan selalu call,
mama pun ada call jugak kan?
kakak tak suka mama call,
kakak tak suka ayah call,
kakak tak boleh dgr suara ayah mama,
kakak rasa sayu,
kalau dulu,
kakak gelakkan abg kat asrama,
yg tak boleh dgr suara mama kat phone,
skrg kakak yg rasa ma,
padan muka kakak sekarang..

MAMA,
kakak rindu masakan mama,
kakak rindu semua,
kakak try cuba jd kuat ma,
kalau ikotkan hati,
kakak nak je balik sekarang!
tapi,
bila fikir balik,
mungkin ada hikmah semua ni kan ma?
kakak terpaksa jauh dgn mama ayah,
ye,kakak tau,
ada sesuatu menanti kakak kat depan..

MAMA,
mama ada tanya kakak kan?
kenapa kakak sedih sgt masa nak naik flight haritu,
kakak sedih tengok muka ayah,
kakak say goodbye dgn mama pun,
tak sempat kan?
sbb program orentasi hari tu,
sedihnya rasa:(

MAMA,
kakak selalu ingat pesan mama,
  • jangan tinggal solat
  • mulut tu jaga,kat tempat orang
  • jgn carik orang Sarawak,jauh
  • belajar elok2,ingat janji kat mama ayah ok?
mama,
kakak tak lupa,
sebab mama cakap benda tu selalu:D
kakak dah boleh hafal skrip mama,hehe..


MAMA,
thank you sebab selalu ada dgn kakak,
bila kakak nak cerita semua benda,
thank you sebab sanggup masak faveret kakak selalu,
thank you sgt mama,
atas semuanya,
kakak tau kakak bukanla anak yg baik untuk mama,
and i always trying to be someone better for you,ma..

MAMA,
doakan kejayaan kakak,abang,adik:)
kitorang tau,
disebalik kejayaan seorang anak,
berdirinya seorang ibu yg tak pernah jemu berdoa,
kerana adanya ayah yg tak pernah berhenti mendidik..


Ya Rabb,aku memohon kepadaMu diberikan kekuatan hati untuk menempuh semua dugaanMu yang mendatang,kerana sesungguhnya Engkaulah sebaik2 perancang,
jika ini yang terbaik untuk aku membela nasib kedua ibu bapaku,Kau mudahkanlah urusanku di muka bumiMu ni ya Rahman,hanya kepadaMu aku memohon Ya Rahim..
Terima kasih atas rahmatMu mengurniakan ayah dan ibu seperti mereka,berilah aku peluang membalas jasa mereka,Ya Allah..Kau berikanlah kesejahteraan kepada mereka di dunia dan akhirat..Amin..












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...