Wednesday, May 29, 2013

eh eh,SAMAAA!

Assalamualaikum peoples! well well dah habis semua test,dah habis semua esaimen,dah habis semua presentation,sekarang ready for finals,lepas tu BALIKKKKK! YESSS! HOME SWEET HOME! really can't wait for that! :D

sekarang den kan dah tak busy,tak macam Sakinah yang busy duk test,si Anas yang stress sebab clinic dia,so apa lagi rajin la den duk tweet bagai,ni pun rajin la sangat update blog ni haaaa..sebenarnya entry kali ni nak cakap pasal kawan den, haaaa,punya laa sampai buat entry kan Ned oii,nak tau sebab apa? sebab dia boleh cakap jawa! yayyy! jarang tau nak ada kawan cakap jawa, macam Hafizudin,kawan kelas den,nama je jawa,tapi tak boleh cakap,boring la cenggitu,haihhhh..

nak tau sape kawan den ni haaa? nama diaaa Anas Hakimee,den terkejut jugak masa tau dia boleh cakap sampai ternganga kot,ok tu tipu :p
just terkejut,dah la lelaki,pandai cakap jawa pulak,yaaaayy! ada geng! *high five Anas!*
Anas,sila bangga sebab dapat masuk kat entry blog Ned kot,kbai :p
si Anas ni sangat laaa rajin memerli,sangatlah suka menyakat sampai rasa nak lempang laju laju jee,haihhh..






he did very well! *tepuk tepuk tangan*


well well,bangga kot jadi anak orang jawa :p yang orang lain tak paham,kekekeke :p
si Anas ni sometimes dia boleh jadi annoying tau tak,dengan tweet dia yang mention semua jenis lauk yang sedap,haihh,sabor je le hati,nnt balik makan puas puas ok? 
apa?apa? nak kenal dengan si Anas buncit ni? sorry girls,he's taken already,please try again later ok?hahaha
*Anas harap jangan stress sangat,amin*

kami anak jawaa! kbai :p
pray for our finals,may Allah ease everything,amin amin :)
*24 days in counting* 



Thursday, May 23, 2013

dah tiba dahhh

Assalamualaikum peoples *lambai lambai tangan* den harap semua sihat sihat belaka la ye? almaklumla,sekarang la musim presentation,sekarang musim submit semua report,pfffttt..

well well well,sekarang dah minggu 13 sesi belajar kat u ni ha,
whoa! dah nak habis bulan 5 lah!
whoa! dah nak finals lah!
whoa! dah nak balik rumah la *ye,lagi 29 hari lagi*
ok ok,behave..back to the main pint,
sebenarnya nak cakap 'whoa! abg ajim dah nak kawen!'
yes,dah nak kawen,esok,memang entry kali ni,khas untuk dia pun,
abg sepupu yang tersayang,Mohd Azim Zuhri..
mesti korang pelik kan asal nak buat post bagai? *bajet ada orang nak tanya*
esok hari bahagia dia,and aku tak dapat balik tengok orang yang aku sayang,orang yang selalu main kejar kejar sambi baling bunga keembung,akan jadi milik orang lain,dia dah pegang title suami orang dah masa aku balik 6 nnt,wuwuwwuwu
sedih woi,lepas ni confirm dah tak macam dulu,lepas ni dah tak boleh balik kampung macam dulu,everything will change.. well,well,masa dah berlalu dengan pantas kan? abg ajim aku nak kawen dah,rasa sekejap sangat kot! tapi takpe,aku nak nangis sampai bintulu ni banjir pun tak boleh jugak,abg ajim still akan kawen jugak kan? and lepas tu,turn aku pulak kawen,eh? silap silap bukan aku :P 
lepas ni,kawan gaduh,musuh dalam selimut aku sapa lagi,Azmil laaah! :')



ok ok,enough enough,lastly to abg ajim and kak jua,
selamat pengantin baru,
semoga bahagia ke anak cucu,
kita doakan semua berjalan dengan lancar,
kak jua,jaga abg ajim elok-elok ye? :')
semoga bahagia selalu! :D
sorry kita tak dapat balik,finals nak dekat,doa kita dari jauh,
untuk abg ajim kak jua :)
*mohon belanja makan masa kita balik nnt :P *



bakal pengantin baru esok :)

Saturday, May 11, 2013

hanya SATU dalam sejuta

*masa baca entry ni,sila pasang lagu 'number one for me' by Maher Zain and get ready dengan tisu* ahaha,just kidding :P

bulan Mei datang lagi,hanya satu yang aku pinta,secebis memori-memori indah untuk aku simpan dalam kotak hati aku..yes,you know,I just want more and more good memories to keep..so dear May,just be awesome ok? :)

bulan Mei tiba dengan agenda tersendiri,dan aku pasti semua orang tau kan? Bulan Mei mesti dikaitkan dengan Hari Ibu,yes HARI IBU,HARI MAMA,HARI MUMMY,UMMI and whatsoever,but still the same person kan? mereka yang dah mengandungkan kita,melahirkan kita,mereka jaga kita tanpa kenal erti penat lelah..

mereka cakap Hari Ibu ni pada bulan Mei je,tapi bagi aku,HELL NO,Hari Ibu bagi aku,hari-hari kot.. biarlah orang nak cakap aku ape,pedulikan apa diorang cakap,diorang nak cakap aku ank sulung yang manja ke,mengada-ngada ke,like I care? aku tak perlukan kata-kata diorang pun dalam hidup aku.

aku mengaku,aku memang anak sulung yang mengada-ngada,ada masalah sikit,nak cerita kat mama bagai,well biarlah,mama tu dah merangkap aku punya pendengar yang paling setia tauu..aku mengaku,aku kakak yang lembik,jiwa tak kental mcm adik-adik yang tough tuh,sebab sikit-sikit nak nangis,even benda tu kecik je pun -__- but who cares,itu aku,tu buat aku special dari orang lain,ngehngehngeh :P

tapi..

mama tak pernah nampak aku macam tu.. mama nampak aku ni,anak yang lembut hati (mengada-ngada la tuh -__- ) mama cakap aku ni tak kuat sikit mcm orang lain,tak macam adik-adik aku and mama tak pernah rasa rimas,mama gelak lagi ada laaaaa -___-  mama still dengar cerita aku,even cerita aku bodoh sekali pun,mama boleh tau kalau aku tiba-tiba nangis sebab mimpi benda bukan bukan (mama bukan ahli nujum ok) mama still masak lauk faveret aku,even dia dah muak makan ayam merah tu,banyak lagi benda yang aku tak mampu ungkapkan sebenarnya pasal si pengarang jantung hati aku ni.

mama,
aku bukanlah anak yang baik,tapi aku masih mencuba untuk menjadi yang terbaik. masih terngiang-ngiang kata di minda 'mama berhenti kerja sebab nak jaga kakak sakit masa kecik dulu,takkan nak suruh orang lain yang jaga pulak,baik mama jaga anak sendiri', dari aku kecik lagi,kau dah rela berkorban untuk anak-anak,dan aku tau aku tak mampu membalasnya,mama..
maafkan aku sebab pernah melukakan hatimu,pernah menghancurkan impian indahmu,maafkan aku kerana dulu aku menjadi seorang yang pendiam,aku leka dengan dunia aku,mama,maafkan aku juga kerana membuatkan kau menangis di kala malam yang yang hening,kerana terlalu risau untuk meninggalkan anak perempuan mu yang lembik ini di bumi Bintulu ni,disebabkan aku,kau menangis dalam tidur di kamar hotelmu,mama.maafkan aku,ma..simpanlah airmata mu itu untuk perkara yang lebih bahagia ma,di masa akan datang,insyaAllah..


mama,aku sedang cuba untuk memperbaiki diri,menjadi Nadiah yang baru,yang bisa membuat kau tersenyum kembali,akan aku buat kau bangga pada satu hari nnt,itu janji aku yang tak pernah aku lupa,ma..
akan aku buat segala impianmu menjadi kenyataan,itu janji aku,ya itu janji aku,maa..

mama,
selamat hari ibu,berbahagialah selalu di samping suami tercinta,dan anak anak yang selalu kau sayang..doa kami untuk mama ayah tak pernah lekang di bibir,kerana kami tahu redha Allah akan sentiasa bersama dengan redha mama ayah..






mama dengan anak perempuan yang lembik,dengan anak perempuan yang jiwa kental -_-



mama dengan Angah :)

mama dgn mak jang kat Kedah :)


lots of love,
anak mama yang lembik di bumi Bintulu :')

p/s : doakan kesihatan ayahanda baik-baik hendaknya,get well soon ayah,i love you :') 

Tuesday, May 7, 2013

spesial untuk dia

hari berganti hari,
bula berganti bulan,
kita terpisah di alam realiti,
tapi masih bersua di alam maya.

kau,
ya kau..
sahabat aku,
adik aku,
jam loceng aku,
kau yang selalu jadi pendegar setia aku,
kau yang selalu dengar tangisan aku di telefon,
kau yang selalu bagi nasihat,
berpuluh-puluh nasihat,
aku tak larat nak kira,
kau yang selalu kena bebel dengan aku,
kau yang kena tunggu aku kawen dulu,
baru kau boleh kawin dgn Goku kau :P
kau yang selalu bagi idea gila kat aku,
kau yang pernah kepit aku masa kita tidoq sama,
kau teman aku kala malam sepi,
kau tempat aku bermanja,
kau adalah si jantung hati aku..

dear Erika,
post kali ni,
spesial sungguh,
khas untuk kau yang kat Kuchingg nunnnn,
jangan pernah berhenti sayang aku,
jangan pernah rasa bosan bg nasihat kat aku,
jangan pernah berhenti dengar bebelan dari aku,
sebab kau tak ada galang gantinya..


HAPPY BIRTHDAY DEAR SISTER! OMAIGADDD! KITA SEBAYAAA! HIKSSS, I WISH YOU A BIRTHDAY FILLED WITH LOVE,LAUGHTER AND THE THINGS YOU ENJOY MOST :)
HAVING U IN MY LIFE SUCH A BEAUTIFUL THING THAT I EVER HAD.
MAY ALLAH BLESS YOU ALWAYS,I MISS YOU :)


aku tak pandai buat org lidi,tapi sebab hang punya birthday,aku gagah la buat jugak -_-













lots of love,
Ned Saari

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...