Thursday, October 17, 2013

lelaki itu

airmata lelaki kau tumpas jua,
ingin aku kesat,
ingin aku peluk erat tubuhmu,
jangan menangis lagi,
jangan takut,
wahai kekasih pertama,
aku ada di sini.

ya Tuhan,
kalau boleh,
andai bisa,
kesakitan itu boleh berpindah milik,
pindahkan segala kesakitan itu pada aku,
aku sanggup menanggungnya,
asalkan dia sihat,
asalkan dia tidak takut lagi,
airmata lelaki itu tak jatuh lagi,
hanya Kau yang mampu mendengar,
hanya Kau yang bisa melihat,
kesakitan aku,
melihat dia takut seperti itu.

pindahkan segala kesakitan dia pada aku,
biarkan aku yang sakit,
bukan dia.
tolong kesatkan airmatanya bagi pihak aku.


*ya Allah,aku terlalu sayang dia :') ayah,take care of yourself! :)

Wednesday, October 16, 2013

eid adha 2013

Assalamualaikum peoples! :D
well well,I bet you guys are having a great time during eid adha right? i mean,not only because of the delicious foods,but having a precious time with the loved ones is the best moment ever!
see,kitorang yang kat perantauan ni kononnya,sambut biasa,ala kadar tapi meriah la jugak,Alhamdulillah :)
semalam,and malam raya,kitorang busy rewang kekononnya.. Dapat bayangkan tak,tengah masukkan pulut dalam periuk kera tu,dengar takbir,Allah.. hanya Tuhan saja tahu! hahahaaa.. tapi aku tak nanges dah! kekekeke,bak kata mama,dah immune -_-

 masa malam raya,tak rewang banyak sangat,just masukkan pulut,duk ikat kelupis bagai,thats it.. tapi semalam,during eid adha,memang penat.. sumpah penat -_- berkejar sana sini,duk refill makanan bagai,hwaaaa! semalam petang,masak-masak lagi,masak daging rebus,air asam ( ni makanan org kedah), sosej goreng,tumis sayur,phewwwww *lap peluh* dari pukul 2 tak mandi sampai ke malam.. haaaaaa,boleh bayangkan tak? *tutup hidung bau peluh sendiri*

orang lain update gambar salam perantauan bagai,kitorang duk kalut kat dapur,sobss :(
boleh bayangkan tak,kitorang ni dah la bising,suka buat kecoh,masuk dapur,haaaa,memang havoc la dapur tu,kekekeke :P

tapi semalam we really had a great time! seriously! yelaaa,boleh gelak gelak dengan orang yang kitorang tak rapat -_-



muka bahagia kenyang makan kelupis :P 


cuba bahagia bersama mereka

nampak tak selekeh di situ? -_-

last but not least,even lambat,still selamat hari raya eid adha everyoneee! :D
 to mama ayah,kakak tak nangis pun,dah immune,kekeke :P i miss you! 

*sumber gambar dari Yaya,malas nak transfer gambar punya pasal dr kamera sendiri

Saturday, October 12, 2013

sayang

sapa tak sayang,
orang yang lebih dari kawan.
aku sayang,
dia yang mungkin lebih dari kawan.
ya,mungkin.
itu tak pasti.

pergi,
jika dia mahu,
tak mengapa,
aku bisa,
air mata takkan tumpah untuk dia,
langsung takkan tumpah,
sebab dia tak berhak.





Thursday, October 10, 2013

separuh

senyuman ini.
palsu.
kekuatan ini.
terpaksa.
kebahagiaan itu.
sementara.

tolong bagitahu aku.
mana separuh aku pergi.
aku butuh itu.


Friday, October 4, 2013

tak sama




gaya itu
sifat itu
buat aku tertarik.

kau dah curik hati aku tahu?
tapi agama kita tidak sehaluan.

sakit

susuk tubuh yang dulu aku pernah aku rindu
renungan mata yang selalu merenung aku
sekarang yang tinggal
hanya sedikit memori yang aku simpan dalam gelas kaca
yang ingin aku buang di laut dalam.

aku merayu
tolong pergi jauh dari aku
kasihani hati aku
yang terlalu rindu waktu dulu.

kalau boleh mahu aku buang rindu ni
sampai bila aku mahu begini
melihat kau terus bahagia dengan si dia.

andai aku bisa buang semua perasaan ini
andai aku bisa lakukan semua itu
sebab aku tak mampu
aku sakit.

si rindu
pergilah menjauh
kasihani aku
aku sakit.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...