Friday, March 21, 2014

budak bawahan

siapa sangka,
budak kecik 6 tahun yang tak suka pergi tadika,
sekarang dah genggam satu kejayaan,
sekarang dah mula belajar apa itu blood circulation,animal cell,plant cell,
dah pandai mengadu pasal function,momentum bagai,
selamat datang dunia baru,adik.

siapa sangka,
budak kecik yang ada parut di dahi,
sekarang dah pandai lepak mamak,
dah ada pun sijil SPM dalam tangan,
dah nak masuk alam universiti katanya,
cepatnya masa pergi,
selamat datang dunia baru,abang.

siapa sangka,
dulu cukup lima orang,
riuh satu rumah,
sekarang mungkin tinggal dua orang,
dah sunyi,
mungkin ini masa yang sesuai,
biar mama ayah bercinta berdua.

siapa sangka,
yang dulu kecik,
sekarang dah besar panjang,
rindu masa dulu,
biasalah,
manusia,akan rindu kenangan dulu.

Dear Abg,Adik.. Congratulations,adik-adik kakak! selamat datang dunia baru :) 
hadiah tuntut nanti okayyy? :D




Wednesday, March 19, 2014

big bro


sungguh,
aku rindu kita yang dulu,
kita yang boleh bergaduh bila-bila,
rindu saat aku mengadu semua,
kau ajar aku tentang kehidupan,
terima kasih.

sekarang,
kita masih cakap tentang bulan purnama kan?
semoga ada jodoh,
kita berjumpa lagi,
mohon jaga diri,
moga diberi kekuatan untuk menghadapi hari-hari terakhir di bumi Bintulu,
hiasi hari dengan penuh kemanisan yang tak mungkin berulang lagi.

thank you for always being there for me when I need someone to talk to,big bro :) 

'eh,contact lagi dengan big bro? mama lama dah tak dengar cerita pasal dia,kirim salam dengan dia' - Mama

thank you Big Bro! :) 


Monday, March 17, 2014

keep calm

Food and book are great combinations kan? 
Lama dah tak duduk sorang sorang,fikir pasal puisi,fikir pasal masalah,fikir pasal futureeee :D
*lupa nak tangkap gambar kelmarin*
How I miss the old me *sigh*

Psssst,ni bukan forever alone tau! :P
'sometimes,we need to be alone' - Bakti 



untuk dia,kekasih hati

Kekasih hati,
Maafkan aku kerana tidak boleh merasa kesakitan yang kau rasa,
Maafkan aku kerana tidak mampu untuk mengesat air matamu,
Kita terpisah jauh dengan laut China Selatan,
Tapi kau selalu dalam fikiran,
Dalam hati.

Kekasih hati,
Jika diberi peluang,
Biarkan aku rasa semuanya,
Aku rela rasa sakit itu sendiri,
Asalkan aku bisa lihat kegembiraan dalam mata tua itu.

Kekasih hati,
Aku rindu pelukanmu,
Aku rasa tenang,
Bahagia menjadi anak perempuanmu,
Rindu saat aku bermanja denganmu.

Kekasih hati,
Doaku tidak pernah putus kepada yang Maha Kuasa,
Agar kau terus kuat dalam dan luar,
Aku sentiasa berdoa,
Air mata itu berhenti mengalir,
Kesakitan itu terus hilang.

Kekasih hati,
Cepat sembuh tau! Kakak selalu doakan ayah :’) kakak tau ayah kuat kan? :D


rinduuuuu *nangis bawah bantal* 

another side

'nad nanti kalau ada husband,husband dia payah'
'nad ni gangster'
'aku tak pernah treat kau macam perempuan,ned'

duhhhh *tepuk dahi* 


Ehem ehem..
Ye,aku memang kasar..
Yes.. aku perangai macam lelaki..
Tak tau kenapa,maybe because of my surrounding dengan abg-abg sepupu,
Aku memang rapat pun dgn dorg,
Siap bertepuk tampar,bergusti bagai,
And mungkin aku terbawak-bawak with my friends.
Satu je yang aku nak bakal suami aku tau..
Dengan dia,aku takkan jadi aku yang kasar.
Trust me,awak!

Dear awak,
Even saya tak tau sape awak,
Awak kat mana sekarang,
Once dah ijab kabul,
I’m pretty sure saya takkan jadi Ned yang kasar bila dengan awak,
Saya akan jadi Ned yang orang lain tak pernah kenal,
Ned yang lain!
Awak percayakan saya kan?
Manja saya awak sorang je yang boleh rasa,
Eksklusif gituuu!tunggu nanti okayy?  Kehkekeh :p


Psst,sebab tu saya kasar dengan semua kawan lelaki saya,sebab saya nak awak yang special tengok another side of me :D


p/s : kalau dah tak suka dengar suara aku jerit,suara aku cakap,okayy fine,aku diam je nnt..



Monday, March 10, 2014

a trip to remember

Assalamualaikum,hai! hai! *lambai-lambai tangan* 
fuhh fuhh *tiup tiup habuk kat blog* 
dah 3 bulan kot tak update blog,hailaaaa *tepuk dahi* 
almaklumlaaaaaaa,busy kerjaaa ye dok? :p
haaaa,den nak update pasal praktikal kat MARDI KK ni sebenarnyaaa,tapi malas *hentuk kepala kat dinding*
den update terus pasal den poie Kundasang dengan Ranau kelmarin dgn semalam yo lah :D

08032014,Sabtu
kitorang start gerak dari Taman Putera Jaya around 715 something macam tuuuu,kitorang pergi dengan 2 kereta,i mean 1 van dengan 1 Hilux. Van tu kitorang sewa,muat la 10 orang dalam tuu,yang Hilux tu Fauzi (budak UPM Serdang punya) muat la dalam 4 orang,sebab kitorang semua 14 orang yang pergi :D
masa on the way tu,senyap je,sebab apa? sebab jalan dia bengkang bengkok -_- dah la den ni mabuk! haaaaaa,ambik kauuu! nak muntah semua adaaaaa..  so,first kitorang stop kat Pekan Nabalu dulu,ya Allah,cantiknyaaaaaaaa.. belakang kitorang tu Gunung Kinabaluuuuuuuuu! macam tak percaya jeee! seriously :D


view from Pekan Nabalu,Sabah
then,kitorang terus proceed pergi dekat Kinabalu Park..



gaya lompat tak jadi! kah! 





dah habis tangkap gambar,bising-bising semua,kitorang terus gerak pergi check-in homestay kitorang solat semua,terus gerak pergi Desa Cattle. Selama ni duk tengok org post gambar je,sekarang ni den yang poie sendiri! seronok! sejuk sangat! duk enjoy makan ice cream, then terus tangkap gambar kat Desa Cattle yang cantik :D










let me introduce with Lim,Tehah,Wani,Bella (pink),Tiara,and Dayah






here we go,this is our Bang Long,Fauzi Ghulam (UPM Serdang) 


dah habis photography session kat Desa Cattle tu,terus pergi Ranau,carik makanan for dinner.. dah makan makan semua,terus balik homestay,tidur tak hingat doniaaa! hahahaha

090314,Ahad

dalam pukul 8 lebih tu,kitorang gerak pergi Poring Hot Spring.. 
Sebenarnya si pak supir dua orang tu,Coen dengan si Fauzi tu prank kitorang,dorg cakap terus balik KK pagi tu jugak. aku rileks lagi,aku tau dorang saja nak prank tu,tapi muka serious habis tu,aku rileks lagi,aku tau si Fauzi tu tau yang kitorang nak sgt jalan kat Kundasang ni,so,dia as our 'Abg Long' won't disappoint us.. yang si Bella ni,dah sedih dah kat seat belakang,aku chill lagi,hahha.. tengok-tengok ada signboard Poring Hot Spring,apa lagi,menjerit la kitorang! hahahaaa.. berjaya jugak prank dorang ni *clap clap* 
kat Poring Hot Spring ni,pergi canopy walk,pergi waterfall,lastly,duk rendam kaki kat air panas,yayyy! 







dah habis kat Poring Hot spring tu,ktorang gerak terus pergi Sabah Tea.. errr,Sabah Tea ni ok laaaaaa.. *no komen* ahahaha


then proceed balik,pergi solat semua,tiba-tiba tengok tayar van ada yang dah tak ada bunga,cuak dah masing-masing,hahaha! woi! mana tak cuak? si Coen tu bawak 9 nyawa anak orang.. fuhh,selamat boleh tukar tayar kat bengkel kereta.. apa lagi,gerak balik,sempat la singgah Jambatan Tamparuli :)
makan besar before balik rumah masing-masing :D




that's a wrap for this trip!
thank you guys for everything :)
Bang Long,kau mmg superb bahhh.. sanggup drive manual car,even kau tak sukaaaa drive manual car,ye dokk? :p 
'explore Sabah and enjoy before kawen,nnt dah kawen,dapat husband bukan kaki jalan,habislahh,hahaha' - Mama

KEEP CALM AND LETS EXPLORE SABAH! YAAAAYY! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...