Saturday, August 23, 2014

mana


apa khabar? 
kamu baik saja,kan? 
saya risau.
moga Allah jaga kamu. 

Friday, August 22, 2014

mari pergi

Add caption


mohon bawa aku pergi,
jauh dari realiti ini,
aku masih belum bersedia lagi,
untuk hadapi seorang diri,
semua ini takkan sama macam dalam mimpi.



Thursday, August 21, 2014

selamat hari lahir

bulan Jun telah pun tinggalkan kita
kamu dah pun naik lagi tangga usia
tinggal zaman hingusan lampau
jadi yang dewasa sekarang

Kamu,
moga bahagia sentiasa
moga kamu sentiasa tenang hadapi dugaan yang mendatang
moga kamu terus dipinjam umur yang panjang dari Nya
moga kamu ada dibawah rahmat dan lindunganNya

harap dunia ini senang buat kamu untuk terus melangkah
dan disana kelak yang terindah buat kamu.

selamat hari lahir.
kamu dah tua.




cik nad :)

tenang

dongak pada langit malam,
tatap bulan dan bintang,
luah segala apa yang terpendam,
moga lega sebelum lelap terpadam,
dengan  harapan biar hilang segala lelah yang tersarang.





credit to Encik Am for the beautiful picture! :)


kita tak pernah jauh,selagi masih lihat langit yang sama :D

short semester break

Assalamualaikum peoples!
tudiaaaaaaa,lamanya tak update! hihihi *bajet mcm ada org baca blog*

lama sangat rasanya tak update,sampai tak ada idea! hahaha :p

post kali ni would be the first and last for one year. yolah,org busy kan *acah acah busy sebenarnya* hiks.
so,biar aku merapu sat boleh? oh yes! lama tak berpuisiiii,ececee,rindu nak ada idea banyak banyak,observe gelagat org,tak sempat dah ni,otak dah berkarat nak puisi. otak pun dah berkarat nak start sem ni oi! *hentuk kepala kat dinding*


alhamdulillah for the short holiday, jadilah sekejap je cuti. dari tak ada langsung, ye dok?
sebulan yang cukup singkat,penuh dengan perasaan bahagia, terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.

takmau cakap pasal raya boleh dak? tahun ni raya paling teruk sekali, dengan tak ada baju raya,dengan demam masa raya pertama. sabar je la hati ni. haha.


tahun ni tak ada gathering sangat dengan primary schoolmates, tahun ni tahun gathering dengan secondary schoolmates! yayyy! jumpa girlfriends yang berapa tahun tak jumpa, kepoh tak hingat dunia! sorry pengantin yang terlibat, kitorg buat kenduri tu mcm kenduri kitorg, hahaha! never mind, korg nak buat bising masa kenduri aku nnt, I dont care at all, hahaha. rindu yang terpendam dah terluah dengan gelak ketawa,senda gurau bersama. insyaAllah, tahun depan,kalau ada kawan lain yang kawen, insyaAllah jumpa lagi,bikin havoc lagi! hahaha :p







pejam celik,pejam celik, dah puas tidur bawah ketiak mama ayah, realiti makin tiba. rasa macam tak percaya. rasanya dah puas bermanja dengan makcik pakcik kat kampung, adik Aqish pun dah puas main basikal dengan Kak Ned kat kampung kan? Kak Ned dah dodoi adik Aqish tidur, ajar Adik Aqish, cukup la tu kan? nnt panjang umur, kita jumpa lagi ;)


tiba masa, terbang di atas awan sekali lagi, tinggalkan kesayangan hati di bumi Malaya, ada perjuangan yang masih tertunda.
terima kasih girlfriend, Sakinah datang dari jauh jauh,rindunyaaa kat kamu! thank you Lam, I owe you this one! nnt tuntut okay?

21hb Ogos, ayah check-up tadi, and for sure I've been waiting for the news. mama cakap ayah kena operate jugak. Ayah,please. kakak tau ayah kuat kan? jangan nangis lagi, insyaAllah everything will be fine, ayah nak sihat macam sebelum ni tak? nak makan puas puas, nak drive jauh-jauh dengan selesa. Doa kami sentiasa ada untuk ayah :') rasa nak balik masa operate, mama mesti tak ada kawan, tapi masa tu baru je start sem, 8hb September. aaaaaaa! ya Allah,permudahkan segalanya.

mohon doa untuk segala kekuatan fizikal dan mental,
setahun tak lama,
sangat tak lama,
sebab nak dapat suatu kemanisan di penghujung,
kena hadapi kepayahan terlebih dahulu.
moga Allah permudahkan segalanya.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...