Wednesday, April 2, 2014

hello Aprilio!

hello April,nice to meet you again :) 
dah 2 bulan duduk KK,all I can say is Alhamdulillah for everything..
i'm not going to complain everything here,malaih nak taip panjang-panjang! kekekeke :p
biasa laa,H.O.M.E.S.I.C.K tu normal right?
sorry mama,ayah :p

Alhamdulillah,ayah pun dah sihat sikit,
nak laser katanya,
insyaAllah everything will be fine :') 
get well soon,ayah! 

on the phone dengan mama,
she keep complaining about our sedara yang duk sibuk tanya pasal 'bila Nadia nak kawen?'
yeeee,Nadiah tu gua la tuuuu *blushing* kikikiki
kesian mama woi,mama tak larat dah nak jawab,kahkahkah 
typical answer from her,definitely

  1. anak yang sulung tak habis study lagi.
  2. anak yang sulung tak kerja lagi,nak jugak rasa duit dia
kahkahakah,aku gelang guling-guling dengar,
come on la people,baru 23 tahun kot,
muda lagi,
banyak benda yang aku belum buat lagi weh *tepuk dahi* 
dulu target nak kawen ada,
tapi..
semua cakap 'lambat sangat','tak sesuai nak kawen','dah tua sangat',
sekarang ni malas nak fikir,
kalau lepas grad,
ada orang yang datang meminang,
I'M ON!
ini serius :p kahkahkahkah..
tapi dia kena tolong aku realisasikan impian aku yang tak jadi tuuu,cewahhh *angkat-angkat kening*

impian den tak banyak,serius tak banyakkk..
  1. bukak bakery (kalau boleh before kawen dah bukak,tapi.. kalau jodoh sampai awal,kena bukak jugak,WAJIB)
  2. nak travel dengan family,dengan anak-anak sepupu :)
  3. publish buku,maybe?
  4. sara adik-adik sampai habis study.
bagi orang lain,maybe nampak macam typical ye dok? tapi bagi aku,tu tanggungjawab aku dengan adik-adik aku.. tapi bakery tu memang angan-angan aku,duit pun dah simpan nak bukak bakery,since i'm a food lover esp cakes,breads,cupcakes and cookies! :D
honestly,rasa kesian dengan mama,asyik kena tanya je,sorry mama,mama memang tak ada calon menantu lagi for now,kahkahkahkah,sabar ye mama? ;p

korang,doakan aku terus kuat dekat bumi KK ye,jangan tanya kenapa okayy? :p

'Allah kan ada dengan kakak,ignore je semua tu' - Mama


cikNed rinduuu Aqil 

cikNed rindu Apan,Amir,Saraaaaa



kosong kosong kosong

Kenapa mesti sekarang,
Kau mesti muncul kembali,
Dengan harapan,
Ke mana aku pergi,
Bayangan itu pasti ada,
Kau takkan pernah tahu,
Aku selalu rindu,
Kita yang bisa lari dalam hujan,
Kita yang bisa ketawa tanpa peduli apa pun,
Kita yang cuba lari dalam sesak ramai,
Kita yang dulu cuba mencari pelangi bahagia,
Aku benar-benar rindu.

Dalam ramai,
Aku nampak kau,
Dalam tidur,
Aku nampak kau,
Aku tanya,
Kenapa sekarang,
Kenapa bukan dulu?
Saat aku masih setia menunggu kau yang takkan pernah datang kembali,

Aku kini bahagia tanpa ada sesiapa.



notakaki : pasang kuat lagu 'i dont need a man' kuat kuat,kahkahkah,kbai :p 


MH 370

MH 370,
Penantian kami sudah berakhir,
18 hari kami menunggu dengan penuh debaran,
Kami setia tunggu dengan penuh kesabaran yang tinggi,
Kami redha,
Kami pasrah,
Walaupun sukar untuk kami telan satu persatu berita yang kami terima,
Air mata yang mulai kontang,
Mula membanjiri sepelusuk dunia,
Doa kami takkan pernah putus buat kalian,
Agar terus dalam jagaan yang Maha Kuasa.


Wahai suami yang masih setia menunggu isteri tercinta,
Wahai ibu yang rindu untuk menatap wajah si pengarang jantung,
Wahai kakak yang masih menanti adik tersayang,
Kami tahu ini payah buat kalian,
Kami juga rasa sakitnya,
Satu yang kami mohon,
Percaya dengan rencana Dia,
Ketentuan di dunia Dia yang punya,
Apa yang berlaku pasti ada hikmah,
Percaya dan terus percaya,
Yang Maha Kuasa ada bersama mereka,
Kerana Dia lebih sayangkan mereka.
Al-Fatihah.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...