Wednesday, September 25, 2013

bukan aku

yang dicari
si putih gebu
itu bukan aku.

yang dicari
si mata bulat
itu bukan mata aku.

yang dicari
si bibir mungil seksi
juga bukan bibir aku.

yang dicari 
si kurus tinggi
aku hanyalah si pendek comel.

tapi
aku tetap berdiri 
sebab aku ada hati
yang nak diberi
tapi kau?
terus berlalu pergi
dan terus mencari si dia
yang itu tetap bukan aku.







1 comment:

heebee ^o^ said...

Akan ada seseorang yg memanggil kamu cantik, comel dan ayu, kerana dimatanya hanya ada kamu. dan dia, memang kepunyaan kamu dan kamu seorang. one day, nadiah saari. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...