Wednesday, September 25, 2013

mohon

pabila satu hari nanti
anggota badanmu sudah tidak mampu
kau tak berdaya untuk melakukan apa-apa
hanya mampu duduk diam
sambil perhatikan sekeliling
tanpa berkata
pabila kau sudah mula lupa apa yang pernah kau cerita
pabila kau sudah banyak karenah
pabila sifat sensitif itu mula menguasai diri.

aku mohon
doakan aku
untuk kuat menjagamu
seperti mana engkau mengasihi aku ketika aku masih kecil
dan aku masih lagi mampu mengukir senyuman melayan telatah mu
dan terus berbakti kepada mu
sehingga akhir hayat aku
kerana kau pengarang jantung hati aku
sampai bila-bila.

doakan aku
untuk tidak menjadi seorang yang lupa akan segala jasa dan baktimu
apatah lagi menjadi seorang yang menderhaka
di saat kau perlukan anak-anak bersama di sisi.

doakan aku 
agar terus panjang umur
agar terus dapat menjaga dan mengasihi mu.






p/s : selamat hari lahir duhai kekasih pertama, Encik Saari Hashim :) selalu aku tadahkan tangan kecilku pada yang Esa,agar ayahanda selalu dalam lindungan yang Maha Kuasa. semoga panjang umur,murah rezeki selalu :) hanya satu yang ingin ayahanda tahu,aku terlalu menyayangimu.. terlalu sayang.. aku mohon teruskan doa untuk aku terus kuat di bumi Bintulu,demi segulung ijazah yang ingin buat ayahanda bangga akan aku seperti dulu. maafkan aku pernah buat ayahanda kecewa satu ketika dulu. terima kasih kerna tak pernah berhenti menyayangi aku. aku tau doamu sentiasa mengiringi setiap langkah kaki aku di bumi Tuhan, terima kasih.. Aku rindu senyumanmu,pelukanmu,ayah..












































lots of love from Bintulu,
always be your little girl :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...