Saturday, May 11, 2013

hanya SATU dalam sejuta

*masa baca entry ni,sila pasang lagu 'number one for me' by Maher Zain and get ready dengan tisu* ahaha,just kidding :P

bulan Mei datang lagi,hanya satu yang aku pinta,secebis memori-memori indah untuk aku simpan dalam kotak hati aku..yes,you know,I just want more and more good memories to keep..so dear May,just be awesome ok? :)

bulan Mei tiba dengan agenda tersendiri,dan aku pasti semua orang tau kan? Bulan Mei mesti dikaitkan dengan Hari Ibu,yes HARI IBU,HARI MAMA,HARI MUMMY,UMMI and whatsoever,but still the same person kan? mereka yang dah mengandungkan kita,melahirkan kita,mereka jaga kita tanpa kenal erti penat lelah..

mereka cakap Hari Ibu ni pada bulan Mei je,tapi bagi aku,HELL NO,Hari Ibu bagi aku,hari-hari kot.. biarlah orang nak cakap aku ape,pedulikan apa diorang cakap,diorang nak cakap aku ank sulung yang manja ke,mengada-ngada ke,like I care? aku tak perlukan kata-kata diorang pun dalam hidup aku.

aku mengaku,aku memang anak sulung yang mengada-ngada,ada masalah sikit,nak cerita kat mama bagai,well biarlah,mama tu dah merangkap aku punya pendengar yang paling setia tauu..aku mengaku,aku kakak yang lembik,jiwa tak kental mcm adik-adik yang tough tuh,sebab sikit-sikit nak nangis,even benda tu kecik je pun -__- but who cares,itu aku,tu buat aku special dari orang lain,ngehngehngeh :P

tapi..

mama tak pernah nampak aku macam tu.. mama nampak aku ni,anak yang lembut hati (mengada-ngada la tuh -__- ) mama cakap aku ni tak kuat sikit mcm orang lain,tak macam adik-adik aku and mama tak pernah rasa rimas,mama gelak lagi ada laaaaa -___-  mama still dengar cerita aku,even cerita aku bodoh sekali pun,mama boleh tau kalau aku tiba-tiba nangis sebab mimpi benda bukan bukan (mama bukan ahli nujum ok) mama still masak lauk faveret aku,even dia dah muak makan ayam merah tu,banyak lagi benda yang aku tak mampu ungkapkan sebenarnya pasal si pengarang jantung hati aku ni.

mama,
aku bukanlah anak yang baik,tapi aku masih mencuba untuk menjadi yang terbaik. masih terngiang-ngiang kata di minda 'mama berhenti kerja sebab nak jaga kakak sakit masa kecik dulu,takkan nak suruh orang lain yang jaga pulak,baik mama jaga anak sendiri', dari aku kecik lagi,kau dah rela berkorban untuk anak-anak,dan aku tau aku tak mampu membalasnya,mama..
maafkan aku sebab pernah melukakan hatimu,pernah menghancurkan impian indahmu,maafkan aku kerana dulu aku menjadi seorang yang pendiam,aku leka dengan dunia aku,mama,maafkan aku juga kerana membuatkan kau menangis di kala malam yang yang hening,kerana terlalu risau untuk meninggalkan anak perempuan mu yang lembik ini di bumi Bintulu ni,disebabkan aku,kau menangis dalam tidur di kamar hotelmu,mama.maafkan aku,ma..simpanlah airmata mu itu untuk perkara yang lebih bahagia ma,di masa akan datang,insyaAllah..


mama,aku sedang cuba untuk memperbaiki diri,menjadi Nadiah yang baru,yang bisa membuat kau tersenyum kembali,akan aku buat kau bangga pada satu hari nnt,itu janji aku yang tak pernah aku lupa,ma..
akan aku buat segala impianmu menjadi kenyataan,itu janji aku,ya itu janji aku,maa..

mama,
selamat hari ibu,berbahagialah selalu di samping suami tercinta,dan anak anak yang selalu kau sayang..doa kami untuk mama ayah tak pernah lekang di bibir,kerana kami tahu redha Allah akan sentiasa bersama dengan redha mama ayah..






mama dengan anak perempuan yang lembik,dengan anak perempuan yang jiwa kental -_-



mama dengan Angah :)

mama dgn mak jang kat Kedah :)


lots of love,
anak mama yang lembik di bumi Bintulu :')

p/s : doakan kesihatan ayahanda baik-baik hendaknya,get well soon ayah,i love you :') 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...