Tuesday, April 23, 2013

perasaan itu? dah ke laut

'Ini soal jodoh. Takde istilah rampas merampas. Kalau dia bukan jodoh awak, macam mana awak cuba ambik hati dia dan rampas dia dari gf dia pun, awak tak kan kahwin dengan dia. Tapi kalau dia memang jodoh awak, awak kawan biasa dengan dia pun dia tetap akan kahwin dengan awak. Soal jodoh ni bukan isu jatuh cinta atau tak. Orang yang tak pernah bercinta pun boleh kahwin. Jadi awak jangan cakap dengan saya yang dia tak kan suka awak dan awak tak kan kahwin dengan dia. Nampak tak kuasa Tuhan dekat jodoh tu? Masa depan kita tak tahu. Lagi-lagi soal hati dan perasaan ni.'

'cinta bagaikan masa menunggu teksi. tak datang juga walaupun dah lama berdiri,tapi bukan pula tiada,kerana tiada teksi yang kosong. inilah yang membuatkan diri rasa marah. mungkin akan dapat jika tunggu di jalan yang sebelah lagi. akibatnya,hanya dalam sekelip mata sahaja teksi dah dinaiki org. tunggu dengan senyap pun teksi takkan datang. mencari dengan penuh sedaya upaya pun takkan dapat. kalau tak dapat,memang takkan dapat. Tidak! sepatutnya org yang takkan datang,memang takkan akan datang. apabila meninggalkan kerana putus asa pula,banyak teksi yang kosong akan datang secara berterusan' - jadi dalam kata lain,kalau kau ada suka seseorang,luahkan je. luahkan walaupun kau tau apa je risikonya. kalau kau tak berusaha,macam mana kau nak tahu kesudahan jalan cerita kau? 


bagi perempuan yang mcm aku? perempuan yang perasaannya dah ke laut,hanya mampu melihat,dan tunggu apa akan jadi,kerana Dia lebih tahu segalanya sebab apa? sebab.. aku rasa,maybe he is my Romeo,but I am not his Juliet :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...