Friday, February 1, 2013

masa dengan si ayah


Berdua dengan si ayah,
Bercerita tentang duit,
Bercerita segala gajet yang diimpikan,
Bercerita tentang cita-cita ku yang masih jauh,
Bercerita tentang perihal si adik-adik yang kian membesar,
Apabila si ayah mula membuka mulut,
Tentang masa akan datang,
Hati dah mula rasa sesak,
Fikiran mula jauh melayang,
Semester-semester yang belum ku lalui,
Semester yang penuh liku,
Semester yang bakal penuh dengan gelak tangisku,
Tapi,
Si ayah dah mula memikirkan tentang nasibku,
Satu sikap si ayah yang aku kagumi walaupun dah berusia 50-an,
Si ayah yang selalu berfikiran jauh,
Ye,ayah tak pernah berubah,
Si ayah yang selalu utamakan anaknya,
Si ayah yang selalu risau di hati,
Tapi nampak garang di wajahnya,
Si ayah yang selalu turutkan segala hajat anak-anaknya,
Si ayah yang yang dulunya meribaku ketika dia memandu,
Masih si ayah yang berfikiran jauh tentang kami,anak-anaknya..
tatkala aku leka dengan keseronokan dunia,
yang tak pernah fikir tentang masa akan datang..


Ya Allah,berikan aku peluang untuk membahagiakannya,berikan aku peluang untuk berbakti kepadanya Ya Rabb kerana aku terlalu menyayangi dia..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...