Sunday, December 2, 2012

bukan bukan

bukan ini yang dipinta,
bukan ini yang diharapkan,
tapi apakan daya,
semua dah sampai penghujungnya,
mungkin.

maafkan aku,
maafkan aku,
maafkan aku,
kerana telinga ini tidak mendengar segalanya,
kerana hati ini tidak menyelami perasaan itu,
kerana mata ini tidak merenung mata yang penuh dengan cerita,
maafkan aku.

apa yang berlaku,
mungkin ada hikmah,
cukup sekali kau disakiti,
dan kini kau disakiti sekali lagi,
hati ini meraung,
ingin berada di sisimu,
wahai sahabat.

bersabarlah atas ujian,
kerana kami ada denganmu,
seperti waktu kita bertiga dulu,
tanpa kehadiran insan lain,
melakar satu persahabatan yang terlalu indah.

maafkan aku,
kerana jarak ini,
aku tidak berada di sisi,
di saat kau memerlukan seseorang,
untuk berkongsi segalanya,
maafkan aku,
kerana jarak ini,
aku tak bisa memelukmu disaat kau memerlukan seseorang,
untuk bersandar.
maafkan aku,sahabat.





*to my girlfriends,bendi and skyn,i promise,next weekend,we're going to have the conference*

1 comment:

heebee ^o^ said...

ned~ tape~ kitorang faham.. kamu bz kan...okie...~!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...