Wednesday, October 24, 2012

motibasi?

*entry post ni dibuat ketika sedang buat lab report yang menimbun banyak nak gila*



bila semua manusia sibuk tulis status balik rumah kat FB,
bila semua makhluk tweet pasal nak balik rumah,
hati mula rasa tak keruan,
fikiran mula melayang,
badan terasa di awangan,
perasaan mula rasa tak keruan,
aku nak balik rayaaa lah kawannn!
mujur ini hanya raya AidilAdha.

seperti tahun lepas,
masih beraya di perantauan,
aicehhh,
beraya tanpa mereka yang tersayang,
tapi masih bersyukur,
punya teman tersayang di sisi,
Alhamdulillah ya Tuhan :)
ini masih pengalaman,
yang mungkin aku ceritakan,
pada generasiku akan datang.

mungkin kerana masa yang memaksa,
 banyak perkara yang terjadi,
terlalu banyak benda yang berlaku,
aku tak boleh jadi kuat,
tapi kata mama,
'bersabarlah,ini mungkin pengalaman baru,tapi pelajaran jangan diabaikan'
kata ayah,
'belajarlah perkara baru,Bintulu perlu diteroka',
bak kata Big Bro,
'jangan hanya kejar ilmu,sila bersosial'
benar kata mereka..
ini pilihan aku,
pilihan aku di bumi Bintulu,
dan aku akan terus kuat untuk meneruskan perjuangan,
yang masih jauh lagi untuk aku mendaki hingga ke puncak.

hati terus kuat mengatakan,
be strong,Nadiah!
sila kuat!
kerana sesungguhnya Allah takkan menguji hambaNya di luar kemampuan kan? :')

Allah bagi ujian kepada hambaNya yang mampu menanganinya :)




duhai hati,
silalah jadi kuat,
duhai mata,
sila berhenti mengalirkan air mata,
duhai tangan,
sila stop godek album family,
duhai mulut,
sila stop merengek pasal homesick! 

*kena baca banyak motivation words*







sumber motivasi, three years to go :)
*bayangkan tangkap gambar dengan ayah* :')
tahniah Cousin :D


notahati: maaf,entry banyak cakap pasal homesick T.T





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...