Monday, March 17, 2014

untuk dia,kekasih hati

Kekasih hati,
Maafkan aku kerana tidak boleh merasa kesakitan yang kau rasa,
Maafkan aku kerana tidak mampu untuk mengesat air matamu,
Kita terpisah jauh dengan laut China Selatan,
Tapi kau selalu dalam fikiran,
Dalam hati.

Kekasih hati,
Jika diberi peluang,
Biarkan aku rasa semuanya,
Aku rela rasa sakit itu sendiri,
Asalkan aku bisa lihat kegembiraan dalam mata tua itu.

Kekasih hati,
Aku rindu pelukanmu,
Aku rasa tenang,
Bahagia menjadi anak perempuanmu,
Rindu saat aku bermanja denganmu.

Kekasih hati,
Doaku tidak pernah putus kepada yang Maha Kuasa,
Agar kau terus kuat dalam dan luar,
Aku sentiasa berdoa,
Air mata itu berhenti mengalir,
Kesakitan itu terus hilang.

Kekasih hati,
Cepat sembuh tau! Kakak selalu doakan ayah :’) kakak tau ayah kuat kan? :D


rinduuuuu *nangis bawah bantal* 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...