Saturday, September 22, 2012

warkah buat kamu (reply)

kalau nak baca 'warkah buat kamu' part 1,
boleh la klik sini.
maaf,diri ini bukanlah boleh berpuitis =.='



warkah ini tidak berlagu,
warkah ini ditulis hanya untuk kamu,
wahai sahabatku,
yang jauh di mata,
yang selalu dekat di hati.

buat sahabatku yang jauh di mata,
dah lama kita tidak bersua muka,
dah lama kita tidak bertentang mata,
dah lama kita tidak duduk semeja,
bila kita bersama,
pasti jadi huru-hara,
dengan gelak tawa kita.

buat sahabatku yang selalu dekat di hati,
mungkin di sebalik semua ini,
di sebalik jarak yang terlalu jauh,
kamu di sana,
saya di sini,
tetapi doa selalu saya titipkan di angin lalu,
dan Allah lebih mengetahui segalanya.

buat sahabat yang jauh di mata,
terlalu banyak perancangan di minda,
untuk kita bersua semula,
tetapi ampun maaf dipinta,
mungkin pada masa akan datang,
selagi diri ini masih bernafas di bumi yang maha Esa,
kita pasti bersua semula,
melukis kembali saat saat indah kita bersama.

buat sahabat yang selalu dekat di hati,
sematkan di hati selalu,
jarak antara kita bukanlah segalanya,
walaupun jauh masih boleh bersua muka di alam maya,
simpanlah air mata untuk perkara yang lebih bahagia,
kerana ia sangat berharga,
dan saya tahu kamu kuat daripada biasa,
jangan lupa juga untuk selalu ingatkan diri,
kamu kawan terbaik yang saya pernah ada dalam diri ini.


*saya sayang kamu selalu,Sakinah Ghazali :')



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...