MH 370,
Penantian kami sudah berakhir,
18 hari kami menunggu dengan penuh debaran,
Kami setia tunggu dengan penuh kesabaran yang tinggi,
Kami redha,
Kami pasrah,
Walaupun sukar untuk kami telan satu persatu berita yang
kami terima,
Air mata yang mulai kontang,
Mula membanjiri sepelusuk dunia,
Doa kami takkan pernah putus buat kalian,
Agar terus dalam jagaan yang Maha Kuasa.
Wahai suami yang masih setia menunggu isteri tercinta,
Wahai ibu yang rindu untuk menatap wajah si pengarang
jantung,
Wahai kakak yang masih menanti adik tersayang,
Kami tahu ini payah buat kalian,
Kami juga rasa sakitnya,
Satu yang kami mohon,
Percaya dengan rencana Dia,
Ketentuan di dunia Dia yang punya,
Apa yang berlaku pasti ada hikmah,
Percaya dan terus percaya,
Yang Maha Kuasa ada bersama mereka,
Kerana Dia lebih sayangkan mereka.
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment