Wednesday, September 11, 2013

sang pemuja

Malam itu sunyi,
Tiada bunyi kanak-kanak berlari,
Tiada bunyi sang ibu memarahi,
Aku cuba mendongak ke langit,
Cuba untuk mengira bintang,
Tapi tiada bintang yang berkerdipan,
Yang aku nampak,
Sang bulan yang cuba menerangi alam semesta,
Pada sang bulan,
Aku terlihat kamu yang jauh di mata,
Kamu yang pernah memuja sang bulan purnama bersamaku,
Aku sedaya upaya cuba untuk memejamkan mata,
Sang bulan tidak lagi kelihatan pada pandangan,
Hati berdegup kencang,
Fikiranku melayang,
Melayang pada kenangan dahulu,
Aku rindu,
Terlalu rindu,
Rindu pada pemuja sang bulan yang seorang lagi..
Semoga kau bahagia selalu dalam lindunganNya,
hanya itu yang mampu aku doa,
dalam senyap,
dari jauh.






eid'13

Dah lebih sebulan,baru rasa nak update blog -_-
Kat rumah,malaih bebenor teman!pffftt..
Tahun ni raya tak macam selalu,kenapa tak macam selalu? Sebab gua tak pegang kamera,malas gila pegang kameraaaaaa!!!! Tak tau kenapa -_- tak boleh dikenal pasti kenapa aku berkelakuan sebegitu *tepuk dahi*

First raya,macam biasa get ready with new baju kurung,ready for raya with cousins.. maaf-maafan gitu.. 
the only thing that I love about raya is the awesome peoples! Yelaaa,masa raya je masa nak jumpa,masing masing balik cuti,masing masing tak busy dengan research dorang,almaklumlaaaa,dorang hebat belakaaa,aku je duk merangkak ambik degree lagi ni haaaaa *tutup muka malu*  raya ni laaa,duk bergosip sakan! The common question is = ‘tahun depan kak maria kot duk kawen dulu,baju meqelip sakan ni,tahun depan kot nohh’ haaaaa.tu common question bg depa yang dah sesuai untuk menjawabnyaaa ok anak-anak.. the cliché question to me is = ‘belajaq kat mana? Anak pak teh saari hat sulung ka? Besaq dah la ni..bila nak makan nasik minyak ni tak tau’ arghhh! Penat tau takk jawab soalan! Aku nak makan kuih tart nanas pun tak senang tau tak? -_-









Raya tahun ni,alhamdulillah sempat ziarah kubur arwah tokwan dengan toktam :’)
When I started to recite Al-Fatihah,aku dah nangis tak hingat dunia! Air mata turun macam coklat yang mencurah-curah ke ladang gandum woi! Ok over -_- air hidung,air liur semua keluar haaaa.. sampai pakcik yang duk bersihkan kubur sebelah duk tengok tarikh tokwan meninggal.. yelaaa,aku nangis macam tokwan baru je meninggal,padahal dah 7 tahun ye,dah 7 tahun,tapi macam baru semalam..macam mana tak rasa kehilangan,aku cucu kesayangan,sampai semua sepupu aku duk ejek aku -_- kehilangan sangat bila arwah tokwan tak ada,raya dah tak macam selalu tapi Allah lagi sayang tokwan kan? Al-fatihah untuk tokwan..


Raya kali ni happening sebab ada kawan-kawan kot! :D sebab nak kata happening with baju raya ke,kasut raya ke,memang taklah..

 ‘zaman kita nak excited dengan semua benda tu dah tak ada ned,bagi adik-adik kita yang excited’ – Azmirul Asyraf


Let me start with my primary schoolmate! :D
Okay okayyy,actually excited sebab membe kahwin,and kitorang first time pergi! Yayyyy! Plan punya plan, alhamdulillah,kitorang jumpa jugakkk! :D 
datang kenduri orang,buat bising kat pelamin,samapi semua orang pandang -_- malu gila woiiii! Hahaha! But what else we can do? bayangkan ea,ada yang 10 tahun tak jumpa,tapiiiiii,rasa macam selalu jumpaaa! Tak rasa janggal langsung! Then,pergi beraya sampai muntah.. kat rumah orang duk buat macam rumah sendiri,haaa,nampak tak samseng kitorang? Hihihi :P
pergi rumah cikgu-cikgu,and alhamdulillah they still remember us! a lot of things that we talked about :)
manisnyaaa satu pertemuan itu :) bayangkan ye almost every weekend kami pergi berayaaa -_-

le girlsssss :)


kawan lelaki,yang ohsem giloss! :D


excited dengan pengantin :P
kecoh dekat pelamin orang -_-



Alrite,enough with my primary schoolmate,now fasal my secondary schoolmate :D
Almost 5 years tak jumpa,last-last jumpa jugaakk! Yayyyyyyy again! :D
The feeling that I can’t describe when I meet them :’) tau tak macam zaman sekolah dulu-dulu,sengal sama-sama,gosip sama-samaaa,oh God, I miss them :)
Alhamdulillah for the day,hilang rindu :)




excited makan,kbai

minah kepoh belakaaaaa,pffft!






See,my raya awesome sebab family and friends :D dah start new semester lahh! All the best everybody! :D


Tuesday, July 9, 2013

le ohsem holidayssss

dah 2 minggu dah cuti,yayyyy! 
I am happy!
alhamdulillah for the awesome peoples in my life :D

ahaaaa,nak cerita pasal ohsem holiday kat Ipoh hari tu dengan kawan kawan den yang ohsemm sangat!
kawan-kawan yang dah dua tahun tak jumpaaaa,ok,memang bagi kome 2 tahun je pun.. 
chop choppp,dua tahun tu lama tau bagi kitorang! lagi laagi dengan gf aku Sakinah Ghazali tu,hihihi..

kau ada kawan lelaki yang sanggup bising dengan kawan perempuan kat restoran?
kau ada kawan lelaki yang sanggup tarik pelampung kau masa kau water theme park?
kau ada kawan yang cakap laju sampai orang tak boleh faham?
kau ada kawan yang nak main congkak kat rumah orang? 
aku adaaaa..
kawan aku,Zafryl :D 
thank you so much Zafryl! 
psst,ramai orang puji kau! member aku puji kauu,because you're the only one guy among us! hahahah..ahaaa,not forget Meor Azeem! thank you adik Meor :P



kau ada kawan yang comel macam budak sekolah rendah?
kau ada kawan yang boleh gegarkan rumah orang dengan gelak masing-masing?
kau ada kawan yang boleh tahan dengan jeritan kau masa naik roller coaster?
aku adaaaaaa...
diorang Fara and Syuzelianaaa!
thank youuuu sangat! tahan dengan jeritan Ned masa naik roller coaster,kahkahkahh :P i'm sorry,Ned gayat :P


kau ada kawan yang baik,pendiammmm tapi kalau gelak tak hingat duniaa!
kau ada kawan yang duk pakai signals kereta all the time?
kau ada kawan yang terlebih adventurous sangat?
kau ada kawan yang sibuk nak flying fox?
aku adaaaaa..she is my gf :P
Sakinah Ghazali! :)

makcik ni bergayutttt,pffttt :p



thank you so much guyss! really had a great time! :D
Ipoh such a great place with awesome peoples!
eheeeemm.. teman dah pandai cakap peghok :P 
boleh carik calon orang peghok la ye? Eh? ahahahaa..




pulun jerit woii!

geli woi! scary! hahahaha






nampak tak gaya storyteller yang berjaya,hahahah,kat tepi jalan pun jadi :P






oraite evrybodyyyy! Happy fasting everybodyyyy! ahlan wasahlan ya Ramadhan :)
iA,trying to better this Ramadhan,amin :)

Wednesday, May 29, 2013

eh eh,SAMAAA!

Assalamualaikum peoples! well well dah habis semua test,dah habis semua esaimen,dah habis semua presentation,sekarang ready for finals,lepas tu BALIKKKKK! YESSS! HOME SWEET HOME! really can't wait for that! :D

sekarang den kan dah tak busy,tak macam Sakinah yang busy duk test,si Anas yang stress sebab clinic dia,so apa lagi rajin la den duk tweet bagai,ni pun rajin la sangat update blog ni haaaa..sebenarnya entry kali ni nak cakap pasal kawan den, haaaa,punya laa sampai buat entry kan Ned oii,nak tau sebab apa? sebab dia boleh cakap jawa! yayyy! jarang tau nak ada kawan cakap jawa, macam Hafizudin,kawan kelas den,nama je jawa,tapi tak boleh cakap,boring la cenggitu,haihhhh..

nak tau sape kawan den ni haaa? nama diaaa Anas Hakimee,den terkejut jugak masa tau dia boleh cakap sampai ternganga kot,ok tu tipu :p
just terkejut,dah la lelaki,pandai cakap jawa pulak,yaaaayy! ada geng! *high five Anas!*
Anas,sila bangga sebab dapat masuk kat entry blog Ned kot,kbai :p
si Anas ni sangat laaa rajin memerli,sangatlah suka menyakat sampai rasa nak lempang laju laju jee,haihhh..






he did very well! *tepuk tepuk tangan*


well well,bangga kot jadi anak orang jawa :p yang orang lain tak paham,kekekeke :p
si Anas ni sometimes dia boleh jadi annoying tau tak,dengan tweet dia yang mention semua jenis lauk yang sedap,haihh,sabor je le hati,nnt balik makan puas puas ok? 
apa?apa? nak kenal dengan si Anas buncit ni? sorry girls,he's taken already,please try again later ok?hahaha
*Anas harap jangan stress sangat,amin*

kami anak jawaa! kbai :p
pray for our finals,may Allah ease everything,amin amin :)
*24 days in counting* 



Thursday, May 23, 2013

dah tiba dahhh

Assalamualaikum peoples *lambai lambai tangan* den harap semua sihat sihat belaka la ye? almaklumla,sekarang la musim presentation,sekarang musim submit semua report,pfffttt..

well well well,sekarang dah minggu 13 sesi belajar kat u ni ha,
whoa! dah nak habis bulan 5 lah!
whoa! dah nak finals lah!
whoa! dah nak balik rumah la *ye,lagi 29 hari lagi*
ok ok,behave..back to the main pint,
sebenarnya nak cakap 'whoa! abg ajim dah nak kawen!'
yes,dah nak kawen,esok,memang entry kali ni,khas untuk dia pun,
abg sepupu yang tersayang,Mohd Azim Zuhri..
mesti korang pelik kan asal nak buat post bagai? *bajet ada orang nak tanya*
esok hari bahagia dia,and aku tak dapat balik tengok orang yang aku sayang,orang yang selalu main kejar kejar sambi baling bunga keembung,akan jadi milik orang lain,dia dah pegang title suami orang dah masa aku balik 6 nnt,wuwuwwuwu
sedih woi,lepas ni confirm dah tak macam dulu,lepas ni dah tak boleh balik kampung macam dulu,everything will change.. well,well,masa dah berlalu dengan pantas kan? abg ajim aku nak kawen dah,rasa sekejap sangat kot! tapi takpe,aku nak nangis sampai bintulu ni banjir pun tak boleh jugak,abg ajim still akan kawen jugak kan? and lepas tu,turn aku pulak kawen,eh? silap silap bukan aku :P 
lepas ni,kawan gaduh,musuh dalam selimut aku sapa lagi,Azmil laaah! :')



ok ok,enough enough,lastly to abg ajim and kak jua,
selamat pengantin baru,
semoga bahagia ke anak cucu,
kita doakan semua berjalan dengan lancar,
kak jua,jaga abg ajim elok-elok ye? :')
semoga bahagia selalu! :D
sorry kita tak dapat balik,finals nak dekat,doa kita dari jauh,
untuk abg ajim kak jua :)
*mohon belanja makan masa kita balik nnt :P *



bakal pengantin baru esok :)

Saturday, May 11, 2013

hanya SATU dalam sejuta

*masa baca entry ni,sila pasang lagu 'number one for me' by Maher Zain and get ready dengan tisu* ahaha,just kidding :P

bulan Mei datang lagi,hanya satu yang aku pinta,secebis memori-memori indah untuk aku simpan dalam kotak hati aku..yes,you know,I just want more and more good memories to keep..so dear May,just be awesome ok? :)

bulan Mei tiba dengan agenda tersendiri,dan aku pasti semua orang tau kan? Bulan Mei mesti dikaitkan dengan Hari Ibu,yes HARI IBU,HARI MAMA,HARI MUMMY,UMMI and whatsoever,but still the same person kan? mereka yang dah mengandungkan kita,melahirkan kita,mereka jaga kita tanpa kenal erti penat lelah..

mereka cakap Hari Ibu ni pada bulan Mei je,tapi bagi aku,HELL NO,Hari Ibu bagi aku,hari-hari kot.. biarlah orang nak cakap aku ape,pedulikan apa diorang cakap,diorang nak cakap aku ank sulung yang manja ke,mengada-ngada ke,like I care? aku tak perlukan kata-kata diorang pun dalam hidup aku.

aku mengaku,aku memang anak sulung yang mengada-ngada,ada masalah sikit,nak cerita kat mama bagai,well biarlah,mama tu dah merangkap aku punya pendengar yang paling setia tauu..aku mengaku,aku kakak yang lembik,jiwa tak kental mcm adik-adik yang tough tuh,sebab sikit-sikit nak nangis,even benda tu kecik je pun -__- but who cares,itu aku,tu buat aku special dari orang lain,ngehngehngeh :P

tapi..

mama tak pernah nampak aku macam tu.. mama nampak aku ni,anak yang lembut hati (mengada-ngada la tuh -__- ) mama cakap aku ni tak kuat sikit mcm orang lain,tak macam adik-adik aku and mama tak pernah rasa rimas,mama gelak lagi ada laaaaa -___-  mama still dengar cerita aku,even cerita aku bodoh sekali pun,mama boleh tau kalau aku tiba-tiba nangis sebab mimpi benda bukan bukan (mama bukan ahli nujum ok) mama still masak lauk faveret aku,even dia dah muak makan ayam merah tu,banyak lagi benda yang aku tak mampu ungkapkan sebenarnya pasal si pengarang jantung hati aku ni.

mama,
aku bukanlah anak yang baik,tapi aku masih mencuba untuk menjadi yang terbaik. masih terngiang-ngiang kata di minda 'mama berhenti kerja sebab nak jaga kakak sakit masa kecik dulu,takkan nak suruh orang lain yang jaga pulak,baik mama jaga anak sendiri', dari aku kecik lagi,kau dah rela berkorban untuk anak-anak,dan aku tau aku tak mampu membalasnya,mama..
maafkan aku sebab pernah melukakan hatimu,pernah menghancurkan impian indahmu,maafkan aku kerana dulu aku menjadi seorang yang pendiam,aku leka dengan dunia aku,mama,maafkan aku juga kerana membuatkan kau menangis di kala malam yang yang hening,kerana terlalu risau untuk meninggalkan anak perempuan mu yang lembik ini di bumi Bintulu ni,disebabkan aku,kau menangis dalam tidur di kamar hotelmu,mama.maafkan aku,ma..simpanlah airmata mu itu untuk perkara yang lebih bahagia ma,di masa akan datang,insyaAllah..


mama,aku sedang cuba untuk memperbaiki diri,menjadi Nadiah yang baru,yang bisa membuat kau tersenyum kembali,akan aku buat kau bangga pada satu hari nnt,itu janji aku yang tak pernah aku lupa,ma..
akan aku buat segala impianmu menjadi kenyataan,itu janji aku,ya itu janji aku,maa..

mama,
selamat hari ibu,berbahagialah selalu di samping suami tercinta,dan anak anak yang selalu kau sayang..doa kami untuk mama ayah tak pernah lekang di bibir,kerana kami tahu redha Allah akan sentiasa bersama dengan redha mama ayah..






mama dengan anak perempuan yang lembik,dengan anak perempuan yang jiwa kental -_-



mama dengan Angah :)

mama dgn mak jang kat Kedah :)


lots of love,
anak mama yang lembik di bumi Bintulu :')

p/s : doakan kesihatan ayahanda baik-baik hendaknya,get well soon ayah,i love you :') 

Tuesday, May 7, 2013

spesial untuk dia

hari berganti hari,
bula berganti bulan,
kita terpisah di alam realiti,
tapi masih bersua di alam maya.

kau,
ya kau..
sahabat aku,
adik aku,
jam loceng aku,
kau yang selalu jadi pendegar setia aku,
kau yang selalu dengar tangisan aku di telefon,
kau yang selalu bagi nasihat,
berpuluh-puluh nasihat,
aku tak larat nak kira,
kau yang selalu kena bebel dengan aku,
kau yang kena tunggu aku kawen dulu,
baru kau boleh kawin dgn Goku kau :P
kau yang selalu bagi idea gila kat aku,
kau yang pernah kepit aku masa kita tidoq sama,
kau teman aku kala malam sepi,
kau tempat aku bermanja,
kau adalah si jantung hati aku..

dear Erika,
post kali ni,
spesial sungguh,
khas untuk kau yang kat Kuchingg nunnnn,
jangan pernah berhenti sayang aku,
jangan pernah rasa bosan bg nasihat kat aku,
jangan pernah berhenti dengar bebelan dari aku,
sebab kau tak ada galang gantinya..


HAPPY BIRTHDAY DEAR SISTER! OMAIGADDD! KITA SEBAYAAA! HIKSSS, I WISH YOU A BIRTHDAY FILLED WITH LOVE,LAUGHTER AND THE THINGS YOU ENJOY MOST :)
HAVING U IN MY LIFE SUCH A BEAUTIFUL THING THAT I EVER HAD.
MAY ALLAH BLESS YOU ALWAYS,I MISS YOU :)


aku tak pandai buat org lidi,tapi sebab hang punya birthday,aku gagah la buat jugak -_-













lots of love,
Ned Saari

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...