Saturday, September 22, 2012

warkah buat kamu (reply)

kalau nak baca 'warkah buat kamu' part 1,
boleh la klik sini.
maaf,diri ini bukanlah boleh berpuitis =.='



warkah ini tidak berlagu,
warkah ini ditulis hanya untuk kamu,
wahai sahabatku,
yang jauh di mata,
yang selalu dekat di hati.

buat sahabatku yang jauh di mata,
dah lama kita tidak bersua muka,
dah lama kita tidak bertentang mata,
dah lama kita tidak duduk semeja,
bila kita bersama,
pasti jadi huru-hara,
dengan gelak tawa kita.

buat sahabatku yang selalu dekat di hati,
mungkin di sebalik semua ini,
di sebalik jarak yang terlalu jauh,
kamu di sana,
saya di sini,
tetapi doa selalu saya titipkan di angin lalu,
dan Allah lebih mengetahui segalanya.

buat sahabat yang jauh di mata,
terlalu banyak perancangan di minda,
untuk kita bersua semula,
tetapi ampun maaf dipinta,
mungkin pada masa akan datang,
selagi diri ini masih bernafas di bumi yang maha Esa,
kita pasti bersua semula,
melukis kembali saat saat indah kita bersama.

buat sahabat yang selalu dekat di hati,
sematkan di hati selalu,
jarak antara kita bukanlah segalanya,
walaupun jauh masih boleh bersua muka di alam maya,
simpanlah air mata untuk perkara yang lebih bahagia,
kerana ia sangat berharga,
dan saya tahu kamu kuat daripada biasa,
jangan lupa juga untuk selalu ingatkan diri,
kamu kawan terbaik yang saya pernah ada dalam diri ini.


*saya sayang kamu selalu,Sakinah Ghazali :')



Wednesday, September 19, 2012

Sunday, September 16, 2012

ohh rasa sayang


'Sehari terasa bagai seminggu,

Sebulan terasa bagai setahun'




tibe-tibe rasa rindu,
yang teruk,
hikhik *anak manja*
rindu kat family,
rindu 'musuh ketat',
rindu..hihihi *malu malu kucing*
ok ok,stop..
biasalah rindu tu kan?
ye dop?
dop salah ke rindu mok ayoh?
*jadi tak kecek kelate* hahaa..
mama cakap,
perangai anak sulung tapi manja mcm anak bongsuu =.='

duduk sini dah seminggu dah pun,
sekejap je,
nnt dah ada report menimbun,
esaimen,
test,bla bla bla,
mmg tak larat dah sekarang ni =.='
aiyoyoyo @.@
rasa nk je org urut,
badan lenguh mcm badan org tua je :/

rindu kat mereka :P









lab report menunggu,adios amigos :P
Salam :)











Friday, September 14, 2012

azam baru?

Assalamualaikum,Salam sejahtera keatasmu :)

Hari ni hari Jumaat ye anak-anak.. =.='
ni budak tadika pun tauu..
tak takk,bukan..
nak cakap,semalam,
hari Khamis pagi tak dak kelas weyhhhh! hahaha
syokkkknyaaa! :D
tapi petang ada lab la derr :P
tumpang kelas tak busy,
tangan rajin jer hupdate blog ni,hihihi..

well,dah berapa hari dah ni,
dari hari Isnin,Selasa,Rabu,Khamis..
dah 3 hari masuk kelas,
mula-mula rasa blurrrr =.='
*yelaa,cuti 3 bulan kot! *
otak berkarat,
rasa nak kikis ja otak ni,
time Dr Pat bg soalan @__@

Azam baru Semester 3 ni,
jeng jeng jeng..
  • takmau duk kira hari kat FB lagi dah! *sebab sepupu duk nganjing pasal counting days kat kampung*
  • nak explore Bintulu? *maybe*
  • nak apa lagi?
  • nak berubah jadi lebih baik! *insyaAllah*
  • call mama seminggu sekali *adik kecik boleh je tak call mama seminggu*
  • kurangkan FB,fokus on twitter! :P
  • jadi kawan yang baik! *azam every sem* hahaa:P


Alhamdulillah,
for the beginning,semua ok :)
Thank you Allah..
This is my journey,
It's His plan,
He puts me here,
so I just continue and trust Him :')


'keep praying Ned,and everything is gonna be alright' - Sahabat
'mama percaya kakak elok je kat sana,sebab Allah ada dengan kakak'-mama
'why you have to be sad,Ned? you have to believe that every rainstorm,will comes a beautiful rainbow' - Sahabat 

Honestly,having them in my life,
buatkan lagi kuat,sihat,dan cergas!
hikhikk :P

Salam sejahtera keatas kamu :)
May Allas bless you,Ameen..


welcome semester 3 ;)

















Tuesday, September 11, 2012

hey semangat hey semangattt!

Assalamualaikum peoples :)


Alhamdulillah,dah selamat sampai bumi Bintulu *lompat lompat*
balik Bintulu after cuti almost 3 months kat rumahh! *sila jeles*
puasa,raya kat rumah,syok syok! :D
and guess what,
berat badan naikk!
errr...mama tegur banyak kali jugak,
pipi naik sangat =.='
pakcik pun ada tegur,
'orang lain puasa,ada kurus jugak,tapi kakak puasa,makin gemuk'
haaa,kan dah kena sekali! hahaha :P
tak heran langsung pun,
sebab dah dapat semua makanan yang nak makan kat Semenanjung :)
thank you so muchhh :')
yang paling terharu sekali,
Sabtu lepas,8hb September,
ayah beli jugak daging,
sebab daging blackpepper je mama tak buat lagi,
terharu sangat sangat..
bila salam ayah,cium pipi ayah,
bisik kat telinga ayah,cakap 'terima kasih'..
pastu ape lagi,
bila mama cium pipi,
mula dah drama air mata!
tak sah la kalau tak buat drama air mata! ahahaa :P

sem baru,semangat baruu!
mama dah warning awal awal,
ayah pun dah warning awal awal,
dengan harapan,
di bumi Bintulu,
akan terus kuat dari segi fizikal dan mental,InsyaAllah :)


haaa,lupa pasal rayaaa!
nahhhh! ni ada sikit gambaq kat kg Kedah,hikhikk :P







habis dah pasal raya kan?
1hb Sepetember haritu,
cousin kawen,
alhamdulillah dengan pilihan hati dia :)
Be a good wife kak ain in the future :D







done with the pictures,
post kali ni maybe panjang sikit,sorry :P
sebab kali ni maybe busy sikit..
so,dear blog,
sorry ok?
pasal Serdang,mungkin ada hikmah kat Bintulu kan?
so stay kat Bintulu laahh,
insyaAllah,pilihan yang terbaik,
sebab Allah never sends us more than we can handle :')
He knows the best,
insyaAllah,i'm not alone,
Allah ada :')

When God gives us NO for an answer, always keep in mind that there is a much greater YES behind it. His NO is not a REJECTION but a REDIRECTION. 
*thank you Anis Jasmi for this word kat blog kamuu!*



notahati : Takziah sahabat,Tipah,member sekolah,baru kehilangan ibu tersayang..Tipah sayang,kuat! be strong! sama sama sedekahkan AlFatihah untuk bonda Tipah,semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman,insyaAllah.. Tipah,ni dugaan untuk tipah..tipah kuat! demi ayah kan?Allah takkan pernah uji seseorang di luar kemampuan hambaNya kan?so,tipah kena kuat! 













Tuesday, September 4, 2012

le awesome holidayyy

Assalamualaikum peoples,
well,dah lama rasanya tak update blog kan?
busy,hihi :P

ahad ni,bersamaan 9hb September 2012,
berakhirlah cuti cik Ned selama 3 bulan..
cuti yang penuh dgn suka duka :)
cuti yang penuh dengan family tersayang :')
nanti dah sampai Bintulu,
cikNed will update everything,promise!
tak update FB,tak tweet kat Twitter,
tak update blog,
bukan maksud menyepikan diri,
but i'm trying to use the time wisely with the family,
berebut channel tv dgn adik pun best! hahaha..

till then,insyaAllah,doakan selamat sampai di bumi Bintulu :)
semester 3 menunggu,mohon dikuatkan hati olehNya,insyaAllah..

harap tak nangis dah lepas ni,hahahaha



Thursday, August 2, 2012

serdang oh serdang


Alhamdulillah,bahagia sangat duduk kat rumah,sampai pipi naik sangat sangat =.=’
Tengah duk happy happy kat rumah,
Henset bunyik,ada sorang hamba Allah hantar msg,

                 ‘ned,result dah keluar kan?boleh dah la start istikharah sekarang,boleh mintak petunjuk Allah fasal transfer pi serdang’

Dushh!dia ingatkan pasal nak transfer serdang lahh!
Terus reply msg dia, 
                             ‘cm mana kalau tak dapat pi serdang?and aku kena berjuang kat Bintulu tuh lagi kan?for 3 years!’

                      ‘sebab tu gunanya istikharah ned oiii,mintak petunjuk dr Dia,tapi kalau dah tak dapat,takdir ko mmg kat Bintulu,ko diuji olehnya,jauh dr family kan ko diuji sbb Allah syg ko,tau tak.. dia nak ko terus berdoa dgn Dia,mohon pertolongan,Dia nak ko yakin yang janji Dia tu pasti satu hari nnt,sbb Dia takkan pernah uji hambanya di luar kemampuan kan? Pegang ayat tu ned,ingat ko tak forever alone kat sana,kalau semua taknak kawan dgn ko,Allah ada! Merintih dgn dia,berdoa dgn dia ned,insya-Allah,Allah bagi seseorang  to be with with you to continue your journey’ -msg si sahabat

Baca msg dia,almost nangis tau takk! Esy,sabar je la =.=’
fikir puasa je,kalau tak puasa,dah lama nangis,haha..

                     Tapi kalau fikir balik,petunjuk yang Allah bagi,result sem 1 kantoi sbb subjek bio,sem2 pun kantoi sbb plant biology :(
Takdir mmg dah tertulis kat Bintulu??


‘Ya Allah Ya Tuhanku,sesungguhnya aku memohon penentuanMu yang baik dengan ilmuMu dan penetapanMu dengan kekuasaanMu,dan aku memohon keutamaanMu Yang Maha  Agung kerana sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa,sedangkan aku tidak berkuasa,Engkaulah yang mengetahui sesuatu sedangkan aku tidak mengetahui,dan sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah Ya Tuhanku,sekiranya Engkau mengetahui bahawa perkara yang aku hajati adalah baik bagi diriku pada agamaku,hidupku,duniaku,ataupun natijah urusan hidupku,maka takdirkan ia kepadaku serta permudahkan dan berkatilah bagiku pada perkara itu. Dan sekiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah buruk bagiku,pada agamaku ataupun duniaku,ataupun natijah urusan hidupku,maka jauhkan ia dariku,dan jauhkanlah aku drpdnya,dan takdirkanlah bagiku apa saja yang baik bagiku di mana mana pun,dan redakanlah aku dengannya’

I know you are there Allah.
I know you see my tears.      
I know you hear my prayers.
I know you are testing me.
And all I ask from you is to strengthen my imaan, 
so I can handle the struggles in life and have patience. 
Please keep me safe.Amin..
Guide me,Ya Allah..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...